09 November 2010

22 pasukan sahkan penyertaan

Sehingga malam tadi, sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka di dalam Liga Super dan Liga Perdana musim ini dengan membuat pembayaran yuran sebanyak RM400 untuk Liga Super dan RM300 untuk Liga Perdana.

Dijangka lebih banyak lagi pasukan yang akan mengesahkan penyertaan sebelum ianya ditutup pada majlis pelancaran dan undian yang akan diadakan di Kelab Rahman Putra Malaysia, Sg. Buloh, Jumaat ini.

Antara pasukan baru yang akan menyertai liga musim ini adalah M-PAYA FC, UNION FC, PENDAMAI PUTRA FC, DnC Football Teams dan CARLINA FC.

Juga dikhabarkan pasukan DEJA FC dan KUBU GAJAH BARAT FC telah menarik diri dari menyertai Liga Perdana.

Semoga 40 pasukan akan berjaya dikumpulkan untuk membolehkan Liga Subang musim ini berlangsung dengan lancar dan meriah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.