KOTA DAMANSARA, 29 Nov - Menyedari kos untuk mengurus sebuah pasukan bola sepak untuk satu musim yang memakan masa enam bulan adalah tinggi, pengurusan CRT Team telah bertindak menjalankan beberapa inisiatif bagi mengumpul dana yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan pengurusan, latihan dan perlawanan.
Menerusi kelab penyokongnya, CRT Team telah melancarkan Kempen Kumpul Dana Kelab Penyokong CRT Team melalui jualan t-shirt kelab penyokong.
Selain itu, CRT Team juga berusaha untuk mendapatkan penajaan dari individu atau organisasi tertentu dan usaha mereka ternyata berjaya apabila Persatuan Kebajikan Islam Kota Damansara atau nama singkatannya PERKIS bersetuju untuk menaja pasukan tersebut sepanjang musim ini.
Oleh itu, satu majlis ramah mesra diadakan antara pihak CRT Team dan PERKIS yang dihadiri oleh penaung PERKIS sendiri, Dato' Wan Mohd Zin.
Dalam ucapannya kepada pemain dan penyokong yang hadir, Dato' Wan Mohd Zin menekankan kepentingan pengisian agama terutamanya di dalam sukan berpasukan seperti bola sepak kerana ianya boleh mendisiplinkan diri pemain sekaligus memantapkan lagi kerjasama antara pasukan. Oleh kerana itulah beliau meminta agar para pemain dapat menghadiri kelas agama yang diadakan sebagai syarat untuk mendapatkan penajaan ini.
Beliau juga mengingatkan para pemain bahawa bola sepak hanyalah sejenis permainan sukan yang melibatkan perlawanan dengan pasukan-pasukan lain. Justeru, pemain mestilah menggunakan kesempatan itu untuk bergaul dan bermasyarakat, menambah kenalan baru dan menimba pengalaman.
Tambahnya lagi, kemantapan para pemain dan pihak pengurusan CRT Team sebagai satu pasukan menjadi faktor utama beliau bersetuju untuk menjadi penaja kepada pasukan berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.