Empat perlawanan hari ini menamatkan pusingan ketiga Piala FA Liga Subang bagi merebut Piala YB Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.
Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat Liga Subang antara CRT Team dan Paya Jaras Barat di padang Paya Jaras Hilir ternyata tidak mengecewakan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik.
Separuh masa pertama menyaksikan gawang gol CRT Team berjaya dibolosi pada minit ke 7 hasil tandukan Muhamad Shahrel setelah penjaga gol CRT Team, Mohd Solihin melakukan kesilapan meninggalkan gawang golnya terlalu jauh.
CRT Team terus dihukum dengan kegagalan penjaga golnya menangkap bola dengan kemas lalu memberi peluang kepada Muhamad Zulfais untuk merampas bola berkenaan dan terus menendang masuk gol kedua Paya Jaras Barat pada minit ke 20.
Tersentak dengan dua jaringan tersebut, CRT Team mula melakukan serangan yang lebih pantas sehingga memaksa Paya Jaras Barat untuk bertahan. CRT Team akhirnya dapat bernafas sedikit apabila berpeluang menjaringkan gol pertamanya menerusi tendangan penalti oleh Saiful Nazarrudin.
CRT Team meneruskan asakannya pada separuh masa kedua dan berhasil membolosi pertahanan Paya Jaras Barat dengan larian pantas penyerangnya, Mohd Asnan yang berjaya menjaringkan gol penyamaan buat CRT Team di minit 55.
Kontroversi tercetus apabila CRT Team diberikan tendangan penalti setelah pemainnya Mohamed Zulhaimy dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti sedangkan sejurus sebelum itu Mohamed Zulhaimy dikatakan telahpun offside. Bagaimanapun, tendangan penalti yang dilakukan oleh Mohamed Zulhaimy di minit ke 64 itu memberikan kemenangan kepada pasukan CRT Team dengan keputusan CRT Team 3, Paya Jaras Barat 2.
Pada perlawanan berikutnya, Bamboo River dilihat kurang menyengat dibahagian serangannya kerana terpaksa banyak bertahan dengan asakan dari Subang Setia Junior FC apatah lagi hujan yang turun menjadikan padang agak lecak. Namun ianya tidak menghalang Bamboo River untuk mendapatkan gol pertamanya di minit ke 12 hasil jaringan Mohd Salem.
Selang empat minit kemudian, Subang Setia Junior FC menyamakan kedudukan dengan jaringan Mohamad Lukhman Noor Hakim.
Kedudukan seri satu sama berkenaan berkekalan sehingga tamat perlawanan masa tambahan dan penentuan pemenang dijalankan dengan tendangan penalti.
Tendangan penalti Zam Zamil Amin yang terkena tiang gol ternyata meranapkan harapan Subang Setia Junior FC untuk meneruskan cabaran Piala FA dan perlawanan berkesudahan dengan keputusan penalti Bamboo River 5 dan Subang Setia Junior FC 4.
Sementara itu di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh, Ilmar FC melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA setelah menumpaskan Kelab Bolasepak Pemuda Subang dengan dua gol tanpa balas. Manakala PJBB turut layak ke pusingan seterusnya setelah menewaskan Sri Indah A dengan tiga gol berbalas satu.
Perlawanan suku akhir Piala FA Liga Subang akan menyaksikan pertembungan antara CRT Team melawan Bamboo River, Ilmar FC melawan PJBB, Ara Indah FC melawan SIA RRI dan DnC Football Teams melawan HYFAC.

PERLAWANAN PIALA F.A CRT TEAM [ 3 ] - [ 2 ] PAYA JARAS BARAT (3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir) |
PERLAWANAN PIALA F.A BAMBOO RIVER [ 1 ] P( 5 ) - P( 4 ) [ 1 ] SUBANG SETIA JUNIOR FC (5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir) |
PERLAWANAN PIALA F.A KELAB B'SEPAK PEMUDA SUBANG [ 0 ] - [ 2 ] ILMAR FC (3.15 ptg - Padang A, RRI Sg. Buloh) |
PERLAWANAN PIALA F.A PJBB [ 3 ] - [ 1 ] SRI INDAH A (5.00 ptg - Padang A, RRI Sg. Buloh) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.