Liga Subang Piala Dato' Ir. Muhammad Bushro Sabtu lalu menyaksikan pasukan di tangga kedua Liga Super Kumpulan B, Gajah Perdana FC tewas mengejut dengan pasukan tercorot kumpulan berkenaan PPTSB FC 1 - 2 walaupun berhadapan dengan pemain PPTSB FC yang tinggal 10 orang semasa separuh masa kedua perlawanan di padang awam Paya Jaras Hilir. Ini merupakan kekalahan pertama Gajah Perdana FC selepas menang dua perlawanan dan seri dua perlawanan sebelum ini.
Lain pula nasibnya bagi pasukan ABC ALL STAR yang semakin bersinar bintangnya apabila berpesta gol 6 - 0 mengalahkan pasukan SAVEVILLAGE FC.
Lain-lain keputusan: CRT TEAM 2 - UPTOWN SPIDER 0, BAMBOO RIVER 2 - BULOH SEGAR FC 1.
Perlawanan pada hari Ahad pula, OTAI FC meneruskan rentak kemenangannya dengan mendahului carta Liga Perdana Kumpulan B minggu ini dengan melonjak dari tempat ketiga minggu lalu apabila menewaskan CARLINA FC 2 - 0 di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh. Dua gol tersebut hasil jaringan penyerangnya, Mohamad Najib Sanid di minit ke 6 dan 51.
Perlawanan berikutnya yang ditunggu-tunggu peminat Liga Subang, HYFAC menentang SIA RRI dipenuhi dengan drama di dalam dan di luar padang.
Kedua-dua pasukan bermain dengan agresif namun SIA RRI lebih banyak menguasai permainan dengan melakukan serangan demi serangan ke gawang gol HYFAC. Keadaan ini memaksa HYFAC untuk lebih banyak bertahan dan menghadapi kesukaran untuk mengatur serangan ke gawang gol SIA RRI sepanjang perlawanan.
SIA RRI mendapat gol pertamanya melalui tendangan penalti Naven A/L Devarajoo pada minit ke 26 setelah dia dijatuhkan oleh pemain HYFAC, Mohd Asri Zakaria di kawasan kotak penalti.
Gol kedua SIA RRI pula dijaringkan oleh Sathiskumar A/L Thiruvengadam pada minit ke 44 menerusi hantaran bola dari tendangan sudut.Kumaresan A/L Suppiah mengukuhkan lagi kemenangan SIA RRI dengan jaringannya pada minit ke 52. Keputusan berakhir dengan SIA RRI 3, HYFAC 0.
Naib Juara Liga Subang musim lalu, PJBB FC terus diuliti kekalahan demi kekalahan pada musim ini apabila tewas kepada pasukan ARA UTAMA FC 1 - 2 di padang awam Paya Jaras Hilir dan jatuh ke tangga terakhir Liga Super Kumpulan B minggu ini.
Manakala ILMAR FC menaiki takhta Liga Super Kumpulan A minggu ini apabila menewaskan SUBANG SETIA JUNIOR FC 2 -0.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.