23 April 2011

Keputusan Perlawanan: Sabtu, 23 April 2011

Pasukan ILMAR FC merakamkan gambar kenangan bersama pengasas Liga Subang,
YB Dato' Ir. Muhammad Bushro setelah berjaya menewaskan CRT TEAM.


CRT TEAM tersingkir, ILMAR FC ke peringkat akhir

ILMAR FC berjaya menyekat kemaraan CRT TEAM untuk mara ke peringkat akhir Piala F.A Liga Subang musim 2010/2011 apabila menewaskan CRT TEAM dengan jaringan tiga gol berbalas satu di padang F, Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh.

Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan ILMAR FC menjaringkan gol pertamanya seawal minit kedua hasil tandukan dari sisi oleh penyerang handalannya, Mohd Kharul Azman yang turut menjaringkan gol kedua ILMAR FC di minit 25.

Sebaik sahaja gol kedua berkenaan dijaringkan, pengadil meniupkan wisel penamat separuh masa pertama. Ini membuatkan pengurusan CRT TEAM terperanjat kerana menjangkakan permainan akan berlangsung selama 35 minit seperti biasa.

Difahamkan pihak Pengawas Perlawanan (Match Inspector) hanya merujuk kepada kapten kedua-dua pasukan sejurus sebelum sepak mula berkenaan pemotongan masa perlawanan selama 25 minit sahaja untuk setiap separuh masa memandangkan perlawanan dimulakan lewat dari masa yang telah ditetapkan.

Setelah mendapat bantahan dari pihak pengurusan CRT TEAM, Pengawas Perlawanan memutuskan untuk menjalankan perlawanan separuh masa kedua selama 35 minit berbanding 25 minit sahaja untuk separuh masa pertama.

ILMAR FC meneruskan penguasaan pada separuh masa kedua dengan menjaringkan gol ketiganya juga menerusi penyerangnya, Mohd Kharul Azman di minit ke 30 sekaligus menyukarkan CRT TEAM untuk menyamakan kedudukan. CRT TEAM bagaimanapun berjaya menyumbat satu gol ke gawang ILMAR FC menerusi pemainnya, Mohd Asnan Awal Hisham.

Dengan kemenangan ini, ILMAR FC akan bertemu sama ada pasukan HYFAC atau SIA RRI di perlawanan akhir Piala F.A Liga Subang Musim 2010/2011.


LIGA SUPER - KUMPULAN B
PJBB FC [ 3 ] - [ 0 ] BULOH SEGAR FC
(3.15 ptg - Padang F, RRI Sg. Buloh)
PERLAWANAN PIALA F.A - SEPARUH AKHIR
ILMAR FC [ 3 ] - [ 1 ] CRT TEAM
(5.00 ptg - Padang F, RRI Sg. Buloh)
LIGA PERDANA - KUMPULAN A
KD COPS FC [ 0 ] - [ 3 ] PELANGI DAMANSARA
(3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
WALKOVER - KD COPS FC
LIGA SUPER - KUMPULAN A
ARA INDAH FC [ 0 ] - [ 3 ] KG MELAYU SG BULOH
(5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)

11 ulasan:

  1. padan muka crt!!!ko ingat ko power sgt ker

    BalasPadam
  2. bole pulak 1st half 25min 2nd half 35min...pengawas perlawanan kayu!pengawas sekolah lagi cerdik.makan rasuah ke?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27/4/11 4:11 PG

    pengawar ngan penganjur sama je KAYU

    BalasPadam
  4. gila2 remaja27/4/11 8:22 PG

    wat tenang je la..bkn lu pnya team je yg kna..sume pnh t'kena gak..p'gawas dtg lmbt..player 2-2 team da ada..tp dia kta player dtg lmbt plak...maen 25mnit gak..bodo mcm taik...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama27/4/11 9:17 PG

    untung la men 25-35...kitorg men kol 3...tpi tepksa men 20-15...

    BalasPadam
  6. otai kg Subang27/4/11 4:30 PTG

    Otai Kg Subang :
    kalau nak protes,nak minta pinda @ nak apa saja berkaitan Liga Subang yg mana di fikirkan perlu kita mohon,gunalah saluran yg betul..jgn berani melontarkn pandangan dlm blog aje..ini keje sia2 namanya..dahtu bila bagi komen x berani pula tampilkan namanya & dr pasukan mana..sebab itu akhirnya segala saranan,komen,ulasan,ketidakpuashatian @ apa2 yg sewaktu dgnnya di jadikan ibarat sampah jer pd mata phk pengurusan Liga Subang..kalau layan nak jawab dlm blog ni pun buat buang masa jer..lebih baik g training bola..untung nasib dpt naik pentas terima hadiah gak..
    ps Otai kg Subang:fikir2kn lah & Selamat beramal.Takbir!!!

    BalasPadam
  7. dah protes tp tak dilayan pasal tu la kita suarakan kat sini bagi semua org tahu.kata nak bincang tp last2 dah buat keputusan.ni bukan liga subang, ni liga yahudi komunis.

    BalasPadam
  8. CRT dah kalah diam jer la.menang buat kenduri kalah pun melantak...apa lagi der?

    BalasPadam
  9. CeReT dgn HyF*ck kan team faveret...tak bole la nak berat sebelah...kahkahkah

    BalasPadam
  10. Tahniah yg dapat meneruskan perlawanan ke peringkat akhir.. kira hebat la tu.. team yg ALL STAR pun bungkus awal.. 19 org pemain luar lg..

    paya jaras

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama29/4/11 4:13 PG

    saudara paya jaras yg budiman seberlum nak komen suruh la penganjur mangkuk ayun tu check betul2. bacul bila tunjukkan bukti tukar alamat diam tengah nak fikir bagi alasan apa plak.dasar penipu hati yahudi punya penganjur.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.