09 April 2011

Keputusan Perlawanan: Sabtu, 9 April 2011

Perlawanan Piala F.A peringkat suku akhir hari ini menyaksikan CRT TEAM terpaksa membayar dengan darah harga kemenangannya 4 - 0 ke atas pasukan BAMBOO RIVER apabila pemainnya luka di muka apabila disiku oleh pemain BAMBOO RIVER dalam perlawanan yang berlangsung di padang RRI Sg. Buloh. Sementara seorang lagi pemain CRT TEAM terpaksa keluar padang kerana kecederaan teruk yang dialaminya.

Setelah ketinggalan 0 - 2 pada separuh masa pertama, BAMBOO RIVER dilihat bermain dengan lebih agresif pada separuh masa kedua, namun mungkin menjangkakan peluang mereka untuk memintas CRT TEAM agak tipis, BAMBOO RIVER mula mengasari pemain lawan, malah hampir tercetus beberapa pergaduhan.

Menariknya, tiada langsung kad merah yang dikeluarkan oleh pengadil. Pemerhati berpendapat tindakan pengadil untuk tidak memberikan kad merah adalah untuk tidak memanaskan lagi keadaan.

Manakala perlawanan kedua peringkat suku akhir Piala F.A, HYFAC berjaya menghalang kemaraan DnC Football Teams dengan kemenangan 2 gol berbalas kosong.

Gol pertama HYFAC dijaringkan oleh Mohammad Adam Ismail pada separuh masa pertama dan gol kedua dijaringkan oleh Ahmad Nizam Abd Karim seminit sebelum wisel penamat dibunyikan.

PERLAWANAN PIALA F.A - SUKU AKHIR
BAMBOO RIVER [ 0 ] - [ 4 ] CRT TEAM
(3.15 ptg - Padang F, RRI Sg. Buloh)
PERLAWANAN PIALA F.A - SUKU AKHIR
DnC FOOTBALL TEAMS [ 0 ] - [ 2 ] HYFAC
(5.00 ptg - Padang F, RRI Sg. Buloh)
LIGA SUPER - KUMPULAN A
SAVEVILLAGE FC [ 1 ] - [ 2 ] KG MELAYU SG BULOH
(3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
LIGA SUPER - KUMPULAN A
ABC ALL STAR [ 0 ] - [ 3 ] SUBANG SETIA JUNIOR FC
(5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
WALKOVER - ABC ALL STAR

8 ulasan:

  1. apa dah jadi dgn team ABC ni? tgk lagak pengurusan mcm baik sgt...

    BalasPadam
  2. apa dh jdi dgn liga subang nie,adakah memilih bulu ataupn sebaliknya..mengapa keputusan ABC ALL STAR VS SUBANG SETIA JUNIOR FC berpihak kpd SUBANG SETIA...sedangkn semua pemain dh berada di pdg..apa masalahnye..ADAKAH NIE ADIL..SIAPA YG NK MEMBAYAR BLIK KOS?FIKIRKN LH....

    BalasPadam
  3. PENGURUSAN ABC SEMEMANGNYA BAIK..TIADA MASALAH KECUALI PIHAK YG KETIGA MEMBUAT MASALAH..

    BalasPadam
  4. p'kritik bola sepak..11/4/11 7:23 PG

    sowi bro...dpt info dr pihak p'ganjur..player abc 2 rmai player luar dr parlimen subang..bkn plih bulu ye or pilih kasih taw...so fkr2 kn la....

    BalasPadam
  5. btul ke sume infor tu bro,klu btul x pe..klu x btul mcm mana?..team ABC je ke,team lain dh periksa ..,sebenarnye pilih kasih..senang je..jgn campurkan politik ngan bola..susah jdinye..susah lh klu mcm nie..slogan ada mengatakan'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'sekadar tukar alamat x guna nk citelh....

    BalasPadam
  6. jgn ribut2 dgn team ABC ni..pengurusan & pemainnya sdg sibuk nak main sepak takraw piala harisen hason..dah nmpk x boleh cari mkn dlm bola ,mana tau ABC boleh meletup dlm takraw..hehehe..

    BalasPadam
  7. pihak penganjur mohon batalkan semua keputusan yg melibatkn abc & uptown spider serta terus buat keputusan TEGAS menggantung kedua2 pasukan ini yg didapati mencemar perjalannan kejohanan LIGA SUBANG..ini bkn soal politik tapi ini soal peraturan & undang2 yg termaktub..sekian,terima kasih.

    BalasPadam
  8. nie lh namanye sukan..takraw x de kene mengena ngan bola bro..klu rasa sapa yg berhajat nk main takraw,silakan antar penyertaan..mungkin ada nye team ABC nie..agak tergugak kut..manalh tau x sampai hajat nk main kt stadium..sian btul lh pasukan manalh yg x pernah main kt stadium..pasukan TENTERA & MAS pn kami kalah kn,nie pulak pasukan dlm liga subang..adui yai..sblum menggantung team ABC,nyatakan knapa,sbb apa,kerana apa dan mcm2 lgi lh...APA PN,TQ NGAN SUME KOMEN YE..YAHOO..

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.