28 Mei 2011

Akhir Piala F.A di Stadium MBPJ


Stadium MBPJ sekali lagi akan menerima kunjungan ribuan peminat Kejohanan Bolasepak Liga Subang Piala Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor yang ingin menyaksikan pertembungan antara dua pasukan iaitu ILMAR FC dan SIA RRI bagi merebut kejuaraan Piala F.A Liga Subang musim 2010/2011.

Sehingga berita ini ditulis, tarikh yang dapat dipastikan untuk perlawanan tersebut akan diadakan ialah pada hari Ahad tanggal 5 JUN 2011.

Oleh itu... beritahulah kawan-kawan, hari Ahad bulan depan ada perlawanan, kalau datang bawalah teman, Stadium MBPJ kita ramaikan.

3 ulasan:

  1. sama sama meraikan kemenangan SIA yang akan datang pada 5 JUN di stadium MBPJ....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2/6/11 4:39 PTG

    go ilmar go!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Org Kuat YB Dato Bushro.......3/6/11 3:39 PG

    aku tabik springggggggg.....pada pasukan otai,dlm diam dh masuk separuh akhir....bleh aku brkenalan dgn pngurus dia?tahun depan aku nk ambil dia lah,aku dgr dia cuma nak bawak Otai FC main utk Super je tahun depan,skrg ni tahu2 dh masuk separuh akhir....lawan pulak adik2 1 kampung 1 taman......erm,harap2 main semangat kesukan lah ya....Syabas Pngurus Otai FC..

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.