05 Jun 2011

SIA RRI juarai Piala F.A!



Perlawanan akhir Piala F.A Liga Subang Musim 2010/2011 di Stadium MBPJ Kelana Jaya petang tadi menyaksikan kejayaan pasukan SIA RRI membawa pulang gelaran juara Piala F.A buat kali kedua dan piala pusingan, pingat serta wang RM3,000.

SIA RRI menumpaskan ILMAR FC dengan keputusan 4 gol berbalas 1.

ILMAR FC terpaksa bermain dengan 10 orang pemain seawal minit ke 11 apabila pemainnya Mohd Nizam Mustapa diberikan kad kuning kedua selepas membantah keputusan pengadil yang memberikannya kad kuning pertama kerana mengasari pemain lawan. Sejurus kad kuning dikeluarkan, kad merah pula dilayangkan kepada Mohd Nizam yang terpaksa akur dengan keluar dari padang.

SIA RRI menjaringkan dua gol dengan mudah pada separuh masa pertama hasil jaringan Naven A/L Devarajoo di minit ke 21 dan Gunasegaran A/L Arumugam di minit ke 34.

Pada separuh masa kedua, ILMAR FC kelihatan cuba bangkit menyerang namun agak sukar menembusi pertahanan SIA RRI dan beberapa kali terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

SIA RRI terus menambahkan mata jaringan pada minit ke 53 menerusi sepakan Naven A/L Devarajoo sebelum ILMAR FC berpeluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti oleh pemainnya Mohd Nazri Mohd Alias di minit ke 56. Namun seminit selepas itu, penyerang tangkas SIA RRI, Naven A/L Devarajoo berjaya menyumbatkan gol ketiga peribadinya dalam perlawanan ini.

Sebagai Naib Juara Piala FA Liga Subang musim ini, ILMAR FC pulang dengan pingat dan hadiah RM2,000.

Terdahulu sebelum perlawanan akhir Piala F.A dimulakan, penonton dipersembahkan dengan perlawanan persahabatan antara KELAB NURI BANK RAKYAT dan SMK BUKIT JELUTONG yang menyaksikan pasukan KELAB NURI membaham pasukan SMK BUKIT JELUTONG dengan memenangi perlawanan tersebut 5 - 1.

Gambar sekitar hari perlawanan boleh juga dilihat di Facebook.

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/6/11 11:32 PG

    PERLAWANAN AKHIR PUN TAK ADA GAMBAR .. APA PUNYA BLOG LAH ..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/6/11 11:38 PG

    tahniah wat smua pemain SIA RRI...
    bgus la ko ore main....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/6/11 9:13 PTG

    SIA terbaik!!!!

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.