21 April 2011

Pemain 'Warga Asing' hantui Liga Subang (Samb.)

Blog Liga Subang telah berjaya mendapatkan satu salinan surat yang diedarkan kepada pengurus-pengurus pasukan yang mempunyai pemain beralamat di luar kawasan Parlimen Subang.

Kandungan surat tersebut menyenaraikan nama setiap pemain 'warga asing' dari 15 pasukan yang telah dikenalpasti.

Surat yang bertarikh 1 Mac 2011 tersebut memberikan peluang kepada setiap pengurus pasukan untuk menguruskan pertukaran alamat pemain yang terlibat sehingga 18 Mac 2011.

Hampir 3 minggu ruang masa peluang terakhir diberikan kepada pengurus pasukan. Sekiranya dikira dari permulaan musim 2010/2011 pada bulan November 2010, bermakna lebih dari 4 bulan masa telah diberikan!

Jika dilihat dari segi peraturan liga, 15 pasukan yang terlibat telah melanggar secara langsung Peraturan Pertandingan Liga Subang Musim 2010/2011 (Artikel 1, Bil. 1.2,mukasurat 1) - 'bahawa Pertandingan ini hanyalah terbuka kepada anak tempatan atau penduduk yang mempunyai kad pengenalan beralamat di kawasan SUBANG sahaja. Anggota Polis dan Tentera yang bertugas di kawasan Subang juga dibenarkan.' - yang berlarutan selama 5 bulan!

Ini jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur telah begitu bertolak ansur dan bertimbangrasa kepada pasukan yang terbabit, atas semangat untuk membangunkan industri sukan bolasepak dan memberi peluang kepada anak-anak muda mengasah dan mempamerkan bakat masing-masing.

Namun apa yang dikesalkan oleh pihak penganjur apabila ada pasukan-pasukan yang bermasalah ini yang mengambil kesempatan untuk menghentam pihak penganjur yang telah banyak bertolak ansur dan membantu sebaik mungkin, ibarat kata pepatah - ibarat kacang lupakan kulit - akhirnya kacang itu juga yang akan terbuang kerana digoreng terlalu hangus.

Apabila jumlah pemain 'warga asing' yang ditolak oleh pihak penganjur ini menyebabkan jumlah pemain tempatan dalam satu pasukan kurang dari 9 orang pemain, maka dengan sendirinya pasukan berkenaan tidak dapat memulakan permainan dan terpaksa memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pasukan lawan. Situasi ini berlaku terhadap pasukan ABC ALL STAR yang mempunyai 19 orang pemain 'warga asing' dari 25 orang pemainnya. Dengan hanya 6 pemain yang layak, ianya tidak mencukupi syarat sekurang-kurangnya 9 orang pemain untuk bermain.

Berikut disenaraikan pasukan-pasukan yang dikenalpasti mempunyai pemain 'warga asing' seperti mana terdapat di dalam surat berkenaan:

LIGA SUPER:
ARA INDAH FC (4 pemain)
ABC ALL STAR (19 pemain)
KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG (9 pemain)
SAVEVILLAGE FC (3 pemain)
SIA RRI (1 pemain)
BULOH SEGAR FC (6 pemain)
UPTOWN SPIDER (1 pemain)
PPTSB FC (5 pemain)
SUBANG SETIA JUNIOR FC (1 pemain)

LIGA PERDANA:
SUBANG SETIA SENIOR FC (5 pemain)
PADANG KOTA FC (3 pemain)
SRI INDAH A (1 pemain)
M-PAYA FC (1 pemain)
PELANGI DAMANSARA (1 pemain)
KG FC (1 pemain)



11 ulasan:

  1. hahhha gila abc nie terdesak sgt ke nk menang ramai tul player luar kawasan drpd team korang tp kalah gak xguna gak

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama22/4/11 4:51 PG

    buktikan jika benar pasukan ABC ALL STAR mempunyai pemain seramai itu yg tidak mempunyai alamat dalam bahagian subang pihak blog jangan ambil satu fakta kalau ia pun anda dibayar untuk mengendalikan laman blog ini utk kesahihan fakta anda dan jika anda ingin bukti sila berhubung dengan saya sendiri saya rasa pihak blog mengenali saya.kami hanya diberi senarai nama yg dikatakan tidak menukar alamat pada perlawanan kedua yg digantung.itu pun setelah ditunjukkan bukti pengadil perlawanan menyatakan perlawanan itu ditangguh utk mendapatkan bukti kesahihan alamatbole check tarikh pertukaran alamat semua dibuat sebelum tarikh perlawanan tersebut.pihak pengurusan liga telah memberi kami peluang sebelum perlawanan tersebut utk menyelesaikan pertukaran alamat.harap semua pihak yg merasakan kami melanggar peraturan sila merujuk kepada pihak pengurusan liga atau saya sendiri utk buktipertukaran alamat.

    perurus
    ABC ALL STAR

    BalasPadam
  3. mmg la pihak blog di bayar..tp semua ni dari fakta yg diorg dpt...jgn la nak tuduh pihak blog di bayar utk terbitkan isu ni...just say u all xsalah,,xyah dok hentam blogger....blogger menjalankan kerja....peace bro..

    BalasPadam
  4. TP BRO FAKTA BIARLA DR KEDUA2 PIHAK...INI DR PENGURUS X TANYA PUN...TANYA LA KEDUA PIHAK BARU KELUARKAN STATEMENT...KAN BIAS TU...

    BalasPadam
  5. cmni la bro..bkn nak bising2,tp jgn kite nak cari salah org lain..tampil ke depan than buktikan u all xsalah....l.....xyah nak keruhkan keadaan bro..thats all...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama23/4/11 9:06 PG

    matlamat liga subang ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silatulrahim diantara pemuda di parlimen subang tapi ada pihak yang sengaja nak mengeruhkan keadaan dengan menegakkan benang yang basah dan...pihak yang berkenaan tidak akan sewenangnya mengambil tindakan tanpa bukti yang sahih...came on la jadi la pengurus/ketua yang profesional apala sangat jadi juara tapi dlm waktu yang sama jadi bahan kritikan....fikir2 lah wahai sahabat.

    love perpaduan...

    BalasPadam
  7. Tak guna, nak bertikam lidah di dalam blog. Pandai cakap gentel lah, itu lah. ABC ALL STAR takut ke nak bersemuka. Tak guna nak telalak2 dalam blog. Came on lah, korang bukan budak2. buat cara orang yang berakal untuk menyelesaikan masalah.

    RENUNGAN:

    Adakah sorg individu yg PANDAI secara automatik adalah sorg individu yg CERDIK dan adakah pula sorg individu yg CERDIK semestinya sorg yg PANDAI. Bagaimana pula perbezaan antara kedua-duanya dgn sorg yg CERDIK PANDAI?

    Sorg yg berpendidikan tinggi sama ada dia mempunyai diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, doktor falsafah dan kelayakan profesional, terdiri drpd mereka yg PANDAI. Ini kerana mereka berjaya menamatkan pengajian dgn memenuhi syarat, adakah mereka boleh disifatkan manusia yang CERDIK. Jawapannya TIDAK.......

    Jika kita mengenal pasti golongan yg PANDAI, bgmn pula golongan yg CERDIK. Adakah mereka yg CERDIK ini secara automatik mereka PANDAI? Jawapannya juga TIDAK. Mereka yg cerdik tidak semestinya sorg yg PANDAI.............

    Sekarang mari kita mengalih perhatian kpd golongan yg CERDIK PANDAI. Sebenarnya, inilah yg kita ingin lahirkan di dlm negara dan masyarakat kita. Ciri org yg CERDIK PANDAI ini ialah mereka bukan sahaja KREATIF, INOVATIF, RAJIN, DEDIKASI, malah pandaimenggunakan COMMON SENSE. Mereka boleh berfikir secara tidak lazim iaitu di luar kotak atau kepompong kelaziman atau pemikiran OUT OF THE BOX.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama25/4/11 4:29 PG

    kalo betul la ada pihak yg ingin bersemuka untuk saya cabar untuk mencari kebenaran x guna menuding jari jika x tau hujung pangkalnya.siapa yg sebenarnya cuba melarikan diri untuk kebenaran itu pihak kami pengurus dan pemain ABC ALL STAR atau pihak pengurusan liga subang yg baling batu sembunyi tangan.saya sudah berjumpa yb bushro dan beliau telah menyatakan semua itu urusan pengurusan liga.jadi siapa yg bertanggung jawab tampil la siapa yg memulakan agenda ini kenapa keluarkan atikel dalam laman web ini tampa sebarang surat atau pemberitahuan jika benar pihak kami salah melanggar peraturan liga. kenapa buat keputusan melulu sedangkan sebagai pasukan yg bertanding dalam liga kami berhak membuat bantahan atau rayuan jika ada permasaalahan.atau kerana aku penganjur aku bole buat aku punya suka.bukan ABC ALL STAR saja yg menerima nasib sedemikian ada lagi pasukan yg lebih diaibkan sehingga di paparkan dalam akhbar sinar. apa pihak pengurusan liga saja mampu lakukan begitu.kerana berkuasa tapi jangan lupa PRU12 telah membuktikan akar umbi juga bole bole melakukan sebaliknya.

    BalasPadam
  9. go all star25/4/11 3:01 PTG

    wahai abc all star walau pun anda telah menurunkan pemain luar dan disalahkan ,tetapi mengikut undang undang fas ,pada kebiasanya lembaga tatatertib akan memanggil semua pihak untuk mendengar hujah dan menerangkan kenapa tindakan diambil sebelum sebarang keputusan diambil , sekiranya pihak pengurusan meminta surat tunjuk sebab dan kemudian tidak membalas dan terus umumkan keputusan tanpa soalsiasat di laman web .ini menunjukkan sikap tidak pro pihak pengurusan .

    dalam isu pihak pengurusan berpihak kepada crt saya menyokong sepenuhnya.

    1. lihat sahaja apa apa perkembangan pasukan crt dicatitkan pada laman utama.
    2. bila crt main ,terdapat sekurang kurangnya 10 gambar dibandingkan pasukan lain yang hampir tak ada gambar langsung dalam laman web .
    3 crt menurunkan 3-4 pemain liga simpanan pkns. mengikut peraturan fas pemain liga malaysia termasuk liga simpanan tidak dibenarkan bermain dalam sebarang liga tempatan . en hamdan sendiri telah mengatakan liga subang akan mengikut peraturan fas sepenuhnya semasa mesyuarat liga subang .

    kepada pengurus pasukan abc allstar silalah pergi ke fam di kelana jaya dan dapatkan senarai pemain liga simpanan pkns. kemudian bandingkan dgn pasukan crt . penjaga gol crt yang tinggi , striker no 13 dan pemain midfield dan ketua pasukan crt masih bermain untuk pasukan pkns . kita tengok sama ada pihak pergurusan mengantung terus crt atau pilih kasih lagi . sememangnya pemain pemain ini beraksi bersama crt sejak tahun lepas lagi ,tetapi pihak pengurusan tutup mata sahaja .


    go abc all star go ..

    BalasPadam
  10. saya mencadangkan YB Bushro utk campur tgn dlm pengurusan liga subang krn nampaknya pengurusan liga subang yg diberikan tanggungjawab oleh YB telah mengamalkan sikap pilih kasih dan berat sebelah.jika disiasat mungkin banyak lagi keputusan-keputusan yang meragukan seperti pendaftaran pemain,keputusan untuk menunda perlawanan,perubahan jadual dan padang,keputusan menggantung pemain dan pasukan.sayang sekali liga yang diilhamkan oleh YB yang pada dasarnya ingin megeluarkan bakat2 baru,mengamalkan sikap kesukanan dan mengeratkan silaturrahim ini telah dipolitikkan oleh phak yang tidak bertanggungjawab.

    pemerhati liga subang

    BalasPadam
  11. bredor yob...29/4/11 8:18 PG

    crt anak emas liga ni..pasni wat liga crt bkn liga subang..bodo...

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.