Sebuah artikel menarik oleh Awang Selamat dalam ruangan 'Bisik-bisik Mingguan' akhbar Mingguan Malaysia. Artikel ini selaras dengan nasihat seorang jurulatih kepada para pemainnya agar seboleh-bolehnya menjauhi futsal sepanjang kejohanan Liga Subang musim ini berlangsung. Selamat membaca.
FENOMENA futsal yang melanda negara ini sejak beberapa tahun lalu, rupa-rupanya mengundang kesan tersendiri. Dalam Awang mengakui banyak manfaat daripada sukan tersebut, perlu juga direnungkan akibatnya.
Awang agak terkejut apabila mendapat tahu daripada beberapa orang doktor pakar bahawa kes kecederaan terutama lutut disebabkan permainan futsal, meningkat mendadak. Di sebuah hospital swasta di ibu negara, hampir setiap minggu ada pembedahan lutut ekoran kecederaan ketika bermain futsal. Itu belum mengambil kira hospital-hospital lain.
Kebiasaannya peminat aktif futsal mengalami kecederaan koyak pada ligamen atau apa yang dipanggil Anterior Cruciate Ligament (ACL). Pesakit akan menjalani pembedahan rekonstruksi ACL, yang jika dijalankan di hospital swasta menelan kos berbelas ribu ringgit. Jika pembedahan tidak dilakukan, pesakit bukan sahaja akan menanggung kesakitan malah akan mengalami kecederaan kekal yang boleh menjejaskan pergerakan atau kecacatan kecil.
Ada beberapa personaliti dan artis juga terpaksa menjalani pembedahan lutut selepas insiden di gelanggang futsal. Antaranya Faizal Tahir, Fara Fauzana dan pelakon/pengacara Habibur Rahman (Naz).
Persoalan yang Awang mahu bangkitkan, apakah wajar anak-anak muda di Malaysia mengambil risiko itu? Ia bukan kerana nahas jalan raya atau kemalangan biasa tetapi kerana aktiviti sukan yang dipilih secara sukarela untuk riadah dan keseronokan. Apatah lagi bagi lelaki, lutut cukup penting untuk aktiviti lasak. Jika dari usia muda, lutut sudah bermasalah, bagaimana... Mungkin apa yang Awang sampaikan ini, bunyinya agak remeh bagi sebahagian orang tetapi tolong jangan ambil mudah. Berapa ramai lagi akan menjadi mangsa futsal. Awang boleh faham jika ramai anggota tentera dan polis putus kaki dan cacat kerana terkena jerangkap samar atau ketika operasi melawan pengganas komunis pada era darurat. Mereka berkorban untuk negara. Tetapi apakah pengorbanan di medan futsal? Bukanlah tujuan Awang untuk menghalang permainan futsal. Fikirlah penyelesaian terbaik. Jika mahu bermain pun, setidak-tidaknya sudah ada kesedaran dan mengambil langkah tambahan. Tetapi jika diberi pilihan antara futsal dan lutut, Awang tentu pilih lutut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.