Naib Juara Liga Subang musim 2009/2010, pasukan PJBB mengulangi sejarahnya sendiri apabila tewas kepada pasukan SIA RRI 0 - 5 dalam perlawanan Liga Super Kumpulan B di padang RRI, Sg. Buloh. PJBB telah ditumpaskan oleh pasukan CRT TEAM juga 0 - 5 di dalam perlawanan akhir liga musim lalu. Ketiadaan beberapa orang pemain terbaik pasukan tersebut yang berpindah ke pasukan lain dikatakan menjadi punca prestasi PJBB agak merosot pada musim ini.
Manakala BAMBOO RIVER yang dibelasah teruk oleh HYFAC pada perlawanan sebelumnya berjaya membuktikan bahawa mereka masih mempunya taring apabila berjaya membenamkan dua gol tanpa balas dalam pertemuan dengan PPTSB FC.
Beralih ke padang awam Paya Jaras Hilir, pasukan PUNCAK ARA FC berjaya mara ke pusingan kedua cabaran Piala F.A apabila menewaskan pasukan PELANGI DAMANSARA 2 - 0 hasil jaringan sendiri oleh pasukan PELANGI DAMANSARA pada minit ke 29 dan Shaharul Dennis Bin Ruslan Henry pada minit ke 62.

LIGA SUPER - KUMPULAN B SIA RRI [ 5 ] - [ 0 ] PJBB FC (3.15 ptg - Padang RRI 'A') |
LIGA SUPER - KUMPULAN B PPTSB FC [ 0 ] - [ 2 ] BAMBOO RIVER (5.00 ptg - Padang RRI 'A') |
LIGA PERDANA - KUMPULAN B OTAI FC [ 5 ] - [ 2 ] PENDAMAI PUTRA FC (3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir) |
PERLAWANAN PIALA F.A PELANGI DAMANSARA [ 0 ] - [ 2 ] PUNCAK ARA FC (5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.