Perlawanan Liga Super Kumpulan B antara HYFAC dan UPTOWN SPIDER menyaksikan HYFAC hanya mampu pulang dengan 3 jaringan berbalas 1 setelah beberapa kali mensia-siakan peluang jaringan mudah yang diperolehi.
Sementara perlawanan antara BULOH SEGAR FC dan ARA UTAMA FC lebih menarik apabila BULOH SEGAR FC mencipta rekodnya sendiri dengan empat jaringan dalam masa 15 minit. BULOH SEGAR FC mendahului dengan dua gol pada separuh masa pertama namun ARA UTAMA FC berjaya menyamakan kedudukan dalam permainan separuh masa kedua. Selepas itu, keadaan tidak menyebelahi ARA UTAMA FC apabila terpaksa menggantikan tiga pemain barisan tengahnya, dua daripadanya kerana kecederaan. Menyedari kelemahan pemain gantian yang dibawa masuk, BULOH SEGAR FC mengambil peluang berkenaan untuk membolosi pertahanan ARA UTAMA FC seterusnya menjaringkan gol demi gol ke gawang ARA UTAMA FC.
Di padang awam Paya Jaras Hilir pula, dua gol pendahuluan oleh Khairul Izham Harun untuk pasukan KD COPS FC pada minit ke 14 dan 19 ternyata tidak mematahkan semangat pasukan UNION FC untuk terus berjuang sehinggalah berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan yang dilakukan oleh Mohd Nazrin Abdul Rahman pada minit ke 23 dan 45.
Pertembungan PAYA JARAS BARAT dan KG FC yang dijangka agak panas ternyata tidak mengecewakan para penyokong dan penonton yang mengelilingi padang. Insiden kekasaran pemain sehingga tercabut kasut, provokasi dari penonton serta sejumlah enam kad kuning yang dikeluarkan, mewarnai perlawanan ini. Walaubagaimanapun, permainan berjaya ditamatkan dengan kemenangan berpihak kepada PAYA JARAS BARAT setelah berjaya menjaringkan dua gol tanpa balas.

LIGA SUPER - KUMPULAN B HYFAC [ 3 ] - [ 1 ] UPTOWN SPIDER (3.15 ptg - Padang RRI 'A') |
LIGA SUPER - KUMPULAN B BULOH SEGAR FC [ 6 ] - [ 2 ] ARA UTAMA FC (5.00 ptg - Padang RRI 'A') |
LIGA PERDANA - KUMPULAN A KD COPS FC [ 2 ] - [ 2 ] UNION FC (3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir) |
LIGA PERDANA - KUMPULAN A PAYA JARAS BARAT [ 2 ] - [ 0 ] KG FC (5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir) |
buloh segar..pencapain yg memberangsangkan untuk permulaan nih..syabas..teruskan...
BalasPadam