05 Januari 2011

Internet mudahkan interaksi pasukan dan peminat.

Sesuai dengan trend komunikasi masa kini, laman jaringan sosial Facebook menjadi pilihan kebanyakan pasukan Liga Subang untuk berinteraksi sesama pemain dan juga peminat.

Perkembangan aktiviti setiap pasukan dari jadual perlawanan hingga ke perkhabaran para pemainnya di kongsi bersama.

Penaung Liga Subang, YB Dato' Ir. Muhammad Bushro melalui laman Facebooknya sendiri tidak ketinggalan memaklumkan sebarang aktiviti dan keputusan perlawanan Liga Subang. Pasukan dan peminat Liga Subang sewajarnya mengambil peluang berkenaan untuk berinteraksi secara terus bersama YB Dato' dalam segala perkara yang berkaitan dengan Liga Subang.

Diharapkan lebih banyak pasukan yang menggunakan medium internet melalui jaringan sosial dan juga blog untuk memberi peluang kepada peminat dan penyokong pasukan memberikan buah fikiran dan kritikan demi memajukan lagi tahap pencapaian pasukan masing-masing.

Blog Liga Subang telah meletakkan pautan-pautan ke laman pasukan-pasukan yang berkenaan di bar sisi kanan untuk kemudahan pengunjung blog ini. Sekiranya mana-mana pasukan ingin disenaraikan pada pautan tersebut, sila emelkan kepada ligasubang@gmail.com alamat blog, laman web atau nama Facebook anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.