02 Januari 2011

Keputusan Perlawanan: Ahad, 02 Januari 2011


Juara Liga Subang musim lalu, CRT TEAM menghadapi tentangan sengit dari pasukan GAJAH PERDANA FC dalam pertemuan Liga Super - Kumpulan B yang berkesudahan dengan keputusan seri 0 - 0. Faktor ramai pemain baru yang kurang berpengalaman dan disiplin yang masih belum mencapai tahap sepatutnya dikatakan punca permainan CRT TEAM agak mengecewakan. Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada CRT TEAM dalam misi mengekalkan kejuaraan mereka pada musim ini.

Terdahulu, KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG berjaya membenamkan 2 gol ke gawang MATANG PAGAR FC menerusi rembatan Salleh Khalid Nuruddin pada minit ke 34 dan 59 dalam perlawanan Liga Super - Kumpulan A. MATANG PAGAR FC yang hanya bangkit menyerang pada separuh masa kedua walaubagaimanapun gagal menjaringkan sebarang gol. Kedua-dua perlawanan berlangsung di Padang C, Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh.

Sementara itu, di Padang Awam Paya Jaras Hilir, DnC FOOTBALL TEAMS mendapat kemenangan percuma setelah pasukan PJT FC gagal hadir ke padang. Perlawanan Liga Perdana - Kumpulan B yang berikutnya di padang yang sama antara KOTAKU BERSATU FC dan CARLINA FC berkesudahan terikat seri 2 - 2.

LIGA SUPER - KUMPULAN A
KELAB B'SEPAK PEMUDA SUBANG [ 2 ] - [ 0 ] MATANG PAGAR FC
(3.15 ptg - Padang RRI 'C')
LIGA SUPER - KUMPULAN B
CRT TEAM [ 0 ] - [ 0 ] GAJAH PERDANA FC
(5.00 ptg - Padang RRI 'C')
LIGA PERDANA - KUMPULAN B
DnC FOOTBALL TEAMS [ 3 ] - [ 0 ] PJT FC
(3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
WALKOVER - PJT FC
LIGA PERDANA - KUMPULAN B
KOTAKU BERSATU FC [ 2 ] - [ 2 ] CARLINA FC
(5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)

1 ulasan:

  1. crt team tak bleh pi dahhhh.. jadik bayam laa musim ni..hahahahaha

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.