23 Januari 2011

Keputusan Perlawanan: Ahad, 23 Januari 2011

Kejayaan UPTOWN SPIDER menewaskan BULOH SEGAR FC di padang A, RRI, Sg. Buloh dengan empat jaringan berbalas dua telah menyamakan pungutan enam mata oleh kedua-dua pasukan di dalam Kumpulan B, Liga Super. Namun kedudukan BULOH SEGAR FC masih lagi mengatasi UPTOWN SPIDER dari segi jumlah perbezaan gol.

Perlawanan seterusnya menyaksikan HYFAC mendahului ARA UTAMA FC dengan satu gol tetapi perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

Sementara itu, di padang Paya Jaras Hilir pula, KG FC terpaksa menerima kekalahan kali kedua berturut-turut apabila ditewaskan oleh SRI INDAH A dengan hanya satu jaringan.

Perlawanan berikutnya, KD COPS FC terpaksa memulakan perlawanan dengan hanya sembilan orang pemain untuk berhadapan dengan pasukan PAYA JARAS BARAT. Masalah kekurangan pemain KD COPS FC bukan sahaja menyebabkan PAYA JARAS BARAT dengan mudah membolosi pertahanan KD COPS FC dan menjaringkan dua gol pendahuluan, malah perlawanan juga terpaksa dihentikan apabila ketika sepak mula untuk separuh masa kedua, bilangan pemain KD COPS FC masih juga sembilan orang dan ianya tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Keputusan rasmi perlawanan ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang akan bermesyuarat esok.

LIGA SUPER - KUMPULAN B
UPTOWN SPIDER [ 4 ] - [ 2 ] BULOH SEGAR FC
(3.15 ptg - Padang RRI 'A')
LIGA SUPER - KUMPULAN B
ARA UTAMA FC lwn. HYFAC
(5.00 ptg - Padang RRI 'A')
DITANGGUHKAN
LIGA PERDANA - KUMPULAN A
KG FC [ 0 ] - [ 1 ] SRI INDAH A
(3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
LIGA PERDANA - KUMPULAN A
KD COPS FC lwn. PAYA JARAS BARAT
(5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
KEPUTUSAN DITANGGUHKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.