Jadual perlawanan Liga Super, Perdana dan Piala F.A sepanjang bulan Februari 2011 telahpun dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Pertandingan, semalam.
Berdasarkan jadual tersebut, perlawanan Liga Super dan Perdana direhatkan seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan Piala F.A yang akan diadakan sehingga tamat pusingan ketiga.
Empat buah padang akan digunakan serentak untuk pusingan kedua Piala F.A yang melibatkan 16 perlawanan. Tiga padang di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Sg. Buloh manakala satu padang lagi di Padang Awam Paya Jaras Hilir.
Dapat dilihat juga, pasukan-pasukan dari Liga Perdana yang selama ini hanya dijadualkan bermain di Padang Awam Paya Jaras Hilir, akan berpeluang untuk beraksi di atas medan pertarungan yang lebih baik keadaannya iaitu di padang RRI, Sg. Buloh, bermula hujung Februari 2011.
Semoga setiap pasukan dapat berlatih dengan lebih giat dan seterusnya berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sila lihat ruangan 'Jadual & Keputusan'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.