18 April 2011

Lagi pasukan digantung... Lagi perubahan jadual...

Pasukan PUNCAK ARA FC mengikut jejak langkah pasukan PJT FC di dalam Liga Perdana Kumpulan B apabila digantung dari Liga Subang Musim 2010/2011.

Penggantungan tersebut dilakukan kerana pasukan PUNCAK ARA FC telah memberikan kemenangan percuma atau 'walk over' kepada pasukan lawan sebanyak dua kali pada musim ini.

Oleh yang sedemikian, baki satu perlawanan PUNCAK ARA FC menentang DnC FOOTBALL TEAMS; pihak Jawatankuasa Pertandingan memutuskan untuk memberi kemenangan percuma kepada DnC FOOTBALL TEAMS 3 - 0.

Dengan keputusan itu, DnC FOOTBALL TEAMS berjaya merampas takhta kedudukan Liga Perdana Kumpulan B pada minggu ini, walaupun mempunyai jumlah mata yang sama dengan OTAI FC, tetapi DnC FOOTBALL TEAMS mempunyai kelebihan lima gol.

Namun, OTAI FC berpeluang untuk merampas kembali takhta apabila bertemu pasukan DnC FOOTBALL TEAMS pada hari Ahad ini, 24 April 2011, jam 3.15 petang di padang F, RRI Sg. Buloh. Jangan lupa saksikan perlawanan yang dijangka sengit ini.

Sementara itu, pihak Jawatankuasa Pertandingan turut mengeluarkan jadual terbaru pada hari ini yang melibatkan beberapa perubahan perlawanan Piala F.A dan Liga. Pastikan anda menyemak jadual yang telah dikemaskini.

(Makluman: Jadual perlawanan telah dikemaskinikan pada 19 April 2011.)

4 ulasan:

  1. Puncak Ara!!!team muda yg ada peluang utk pergi lebih jauh mengapa jadi begini..ada politiking juga ker @ sabotaj?tolong jawab!!!

    BalasPadam
  2. sudah la puncak ara...jual game ckp la.menuusah kan team yg nk main la.....

    BalasPadam
  3. bole ke macam tu??bukan patut kena macam pjtfc aritu ke??kalau nak bagi kemenangan pun bagi la pada semua team kat liga perdana B kan??bukan macam tu ke??adil ke pada team2 lain??otai ngan Dnc dah tentu2 masuk super pasukan lain lak macam mana??pikir2 la balik ya pengajur jangan la sebab pasukan lain tu bukan pilihan kamu buyers lak

    BalasPadam
  4. penganjur hampes...

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.