20 April 2011

Pemain 'Warga Asing' hantui Liga Subang

Ruangan ulasan dalam blog kini semakin panas dengan isu penganjuran yang dikatakan berat sebelah dan pilih kasih. Bukan setakat pihak Jawatankuasa Pertandingan, malah pengasas Liga Subang, YB Dato' Ir. Muhammad Bushro sendiri menjadi sasaran kritikan pedas dari pemberi komen.

Namun perkara ini bukanlah diluar kebiasaan kerana memang telah menjadi kebiasaan dalam mana-mana program atau aktiviti, pihak penganjur sering disalahkan dan dipertanggungjawabkan atas apa jua masalah atau kesalahan walaupun ianya berpunca dari pemain atau peserta itu sendiri.

Maka tiada bezanya dengan penganjuran Liga Subang pada musim kali ini, apabila pemain dan penyokong dengan mudah menyalahkan pihak penganjur ke atas apa jua masalah dan isu yang tidak menyebelahi mereka.

Apa yang ingin dipersoalkan disini, wajarkah kita dengan mudah menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri juga tidak kurang hebatnya?

Sebagai contoh - isu penggantungan pasukan, yang berpunca dari kegagalan semua pemain untuk hadir di padang sebanyak dua perlawanan, yang berpunca dari pemain yang tidak dibenarkan bermain kerana bukan anak tempatan atau beralamat di kawasan Parlimen Subang.

Dalam isu ini pihak penganjur dipersalahkan kerana dikatakan tidak memberi cukup masa untuk pemain menukar alamat di kad pengenalannya, banyak kerenah dari segi pengurusan, mengamalkan sikap berpilih dan sebagainya.

Pihak blog cuba mendapatkan maklum balas dari pihak penganjur berkenaan isu ini dan didapati masa yang diberikan kepada setiap pasukan adalah lebih dari mencukupi untuk proses menukar alamat pemain.

11 ulasan:

  1. ABC ni saja nak main politik tikam belakang..yg pasti dpt maklumat phk pengurusan tak pernah tampil kemukakn IC setelah di dapati menggunakan pemain beralamat luar yg kebanyakkn dr Meru,Klang..kalau dah salah tu kira salah ler..tak payah nak tegakkn benang yg basah..Hidup YB Bushro!!!!

    BalasPadam
  2. kito bakar jek2 siapa y setuju sila angkat tangan cm saya ye hahahahaha mmg la masakan pokok x bergoyang kalau xditiup angin kepada management abc kalau da kantoi tue gentle jela xyah nk hasut2 org pastu cm minta sedekah simpati lak apsal team lain xda isu nie terang2 dlm peraturan da tertulis team alamat dalam parlimen subang jek y leh main kalau xpuas hati g jumpa penganjur benda semua leh bincang lg tu la siapa suruh menipu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama21/4/11 9:40 PG

    Jilat jgn x jilat....haha

    BalasPadam
  4. pihak blog dah tanya ke team2 yg kena gantung tu?takkan pihak blog pun nak bias gak...nak scan suma IC paste kat blog ni ker?huhu

    BalasPadam
  5. kalau semuaa ic player dalam parlimen subang dan player semua cukup pastu kena gantung gak mcm mana?cer cite..cer citee...

    BalasPadam
  6. Pihak blog akan berjumpa dengan beberapa pengurus pasukan terbabit dalam masa terdekat untuk mendengar pula kisah di pihak mereka.

    cer cite.. cer cite..

    BalasPadam
  7. Bbrp pengurus pasukan tu sapa?

    BalasPadam
  8. sesiapa yang sudi untuk cercite... cercite...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama22/4/11 1:49 PG

    sudah terbukti jelas yg pihak ABC cuba berkomplot utk cemarkan imej Liga Subang ni di mata umum dan sudah pasti dgn niat utk memburukkan imej Dato bushro sbg Penaung yg juga wakil Rakyat Paya Jaras.apa muslihat mrk dan siapa dalang di belakang mrk ini..?Tahniah blog liga Subang yg berjaya memperjelaskn isu ini dgn baik..jgn risau dgn tekanan & ugutan..kami anak jati paya Jaras sentiasa sokong Liga Subang..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama22/4/11 5:19 PG

    kepada anak jati paya jaras...
    saya pengurus pasukan abc all atar ingin membuat sedikit penjelasan.
    tidak terlintas utk menjatuhkan sesiapa apatah lagi yb bushro pemimpin yg amat kami sanjung tinggi.cuma diharapkan pihak pengurusan liga bertindak lebih profesional jangan cakap lain buat lain.seperti suran walkover yg pertama kami hanya terima 3 minggu selepas itu yg diserahkan oleh setiausaha liga.dan mencadangkan kami utk membuat surat jika rasa kurang senang dengan keputusan tersebut.keesokan hari kami menghantar surat rayuan tapi tiada sebarang jawapan.sehingga pengantungan kedua berlaku dengan alasan pemain tidak menukar alamat.didalam senarai tersebut terdapat nama pemain lama yg bermain tahun lepas dimana bukan saja alamat pendua tetapi ic juga telah ditukar alamat dikota damansara.dan telah ditunjukan kepada pengadil perlawanan. sedangkan semua pemain ada diatas padang untuk sepak mula.kerana berlaku permasaalahan tersebut pihak pengadil menanguhkan perlawanan tersebut utk kami menyerahkan semua nama pemain yg dikatakan tidak menukar alamat utk diserahkan pada pengurusan liga.setiausa liga menyatakan ingin bertemu saya untuk mendapatkan salinan tersebut tetapi tidak juga datang dan apa yg kami tau tanpa sebarang surat atau apa jua bentuk pemberitahuan pihak blog mengeluarkan isu ABC ALL STAR digantung 2 musim perlawanan kerana gagal menurunkan pemain sebanyak dua kali.apakah salah jika saya dan juga semua yg terlibat dalam pasukan abc all star utk mendapatkan penjelasan kenapa menerima tindakan tersebut.adakah ini dikatakan saya ingin politikkan isu ini atau ingin menjatuhkan sesiapa. harap semua yg membaca blog ini dapat memahami kenapa isu ini dibangkitkan.

    BalasPadam
  11. nampaknya kemelut liga subang ini semakin berlarutan.saya sebagai pemerhati berharap pihak pengurusan liga dan pengurusan pasukan dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera supaya tiada pihak lain yang menangguk di air yang keruh.kerana bagi saya ini adalah liga bola sepak subang dan bukannya medan politiking subang.saya juga berharap pengurusan, pemain dan penyokong pasukan dapat mengawal emosi dalam melontarkan komen-komen kerana yang terpalit adalah pihak pengurusan liga dan pengurus-pengurus pasukan yang kita tahu orang-orang yang dikenali bukan anda semua.wassalam

    pemerhati liga subang

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.