02 Mei 2011

Keputusan Perlawanan: Ahad, 1 Mei 2011


PADANG KOTA FC berpesta gol di padang awam Paya Jaras Hilir dengan menyumbatkan tujuh gol ke dalam gawang UNION FC dalam pertemuan Kumpulan A Liga Perdana. Lima gol dijaringkan pada separuh masa pertama dan dua gol pada separuh masa kedua. UNION FC bagaimanapun berjaya membalas dengan satu gol. Dengan kemenangan tersebut, PADANG KOTA FC berjaya mengunci kedudukannya di takhta Liga Perdana Kumpulan A dengan 15 mata.

Di padang RRI Sg. Buloh pula, PAYA JARAS BARAT mengakhiri kesemua 8 perlawanannya dalam kumpulan A Liga Perdana dengan menundukkan SRI INDAH A 2-1. Kedua-dua gol PAYA JARAS BARAT dijaringkan oleh Mohd Shahrul Helmi pada minit ke 36 dari sepakan sisi dan minit ke 65 hasil dari sepakan sudut yang terus memasuki gawang gol SRI INDAH A. Manakala SRI INDAH A hanya mampu membalas dengan satu gol yang dijaringkan oleh pemain nombor 9, Mohd Azizul Mohd Aziz. Dengan keputusan ini, PAYA JARAS BARAT meletakkan dirinya di tangga kedua Kumpulan A Liga Perdana di bawah PADANG KOTA FC namun kedudukan tersebut boleh tergugat oleh pasukan 4B PJ FC yang masih berbaki dua perlawanan.

Perlawanan antara MATANG PAGAR FC dan SUBANG SETIA JUNIOR FC dalam Liga Super Kumpulan A tidak kurang menariknya apabila kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang bertenaga dan sengit. Separuh masa pertama menyaksikan SUBANG SETIA JUNIOR FC melancarkan serangan bertali arus melepasi pertahanan MATANG PAGAR FC yang kelihatan agak kucar kacir namun gagal menghasilkan sebarang gol. Malahan peluang sepakan penalti pada minit ke 7 permainan juga gagal disempurnakan oleh SUBANG SETIA JUNIOR FC. Manakala peluang menyerang yang sukar diperolehi MATANG PAGAR FC digunakan dengan sebaiknya apabila tindakan pantas penyerangnya Mohd Izzuddin dan Mohd Hasriq, berjaya membenamkan dua gol ke gawang SUBANG SETIA JUNIOR FC.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Mohd Nazrin dari SUBANG SETIA JUNIOR FC berjaya menjaringkan gol pertama pasukannya tetapi dibalas kembali seminit kemudian oleh penyerang MATANG PAGAR FC, Mohd Hasriq. Tidak lama selepas itu, SUBANG SETIA JUNIOR FC mengejar dengan satu lagi jaringan hasil sepakan Azizul Rahman dan peluang sepakan penalti kali kedua tidak disia-siakan oleh Muhammad Zubair bagi menyamakan kedudukan 3-3. Namun gol ketiga bagi penyerang MATANG PAGAR FC, Mohd Hasriq dalam perlawanan ini tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan akhirnya melenyapkan impian SUBANG SETIA JUNOR untuk memenangi perlawanan ini. Keputusan berkesudahan dengan MATANG PAGAR FC 4, SUBANG SETIA JUNIOR FC 3.

LIGA PERDANA - KUMPULAN A
PAYA JARAS BARAT [ 2 ] - [ 1 ] SRI INDAH A
(3.15 ptg - Padang F, RRI Sg. Buloh)
LIGA SUPER - KUMPULAN A
SUBANG SETIA JUNIOR FC [ 3 ] - [ 4 ] MATANG PAGAR FC
(5.00 ptg - Padang F, RRI Sg. Buloh)
LIGA PERDANA - KUMPULAN A
UNION FC [ 1 ] - [ 7 ] PADANG KOTA FC
(3.15 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
LIGA SUPER - KUMPULAN A
ARA INDAH FC [ 3 ] - [ 0 ] SAVEVILLAGE FC
(5.00 ptg - Padang Awam Paya Jaras Hilir)
WALKOVER - SAVEVILLAGE FC

1 ulasan:

  1. bredor yob...2/5/11 9:57 PG

    ref n p'ganjur bodo nk mampus..berat sebelah...

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.