01 Mei 2011

Pemakaian 'Shin Guard' buatan sendiri dilarang

Pihak Jawatankuasa Pertandingan mendapati ada pemain yang menggunakan pelindung tulang kering atau 'shin guard' yang diperbuat dari kotak terutamanya bekas kotak air mineral yang selalu dibawa oleh setiap pasukan ketika perlawanan.

Tindakan 'kreatif' pemain ini sebenarnya boleh mengundang kecederaan yang amat serius dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pemain terhadap keselamatan diri.

Selain memeriksa kad pemain sebelum perlawanan dimulakan, pemeriksaan 'shin guard' para pemain juga akan dilakukan pada setiap perlawanan yang akan berlangsung selepas ini.

Mana-mana pemain yang didapati tidak memakai atau menggunakan 'shin guard' buatan sendiri - tidak akan dibenarkan memasuki padang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.